Pengenalan Pengaturcaraan berorientasi objek

Aspek permulaan bagi pengaturcaraan berorientasi objek ialah, sebuah atur cara Komputer yang terdiri daripada sekumpulan unit-unit atau objek. Untuk membolehkan perkomputeran berlaku, setiap objek berupaya untuk menerima dan menghantar mesej (pesanan) kepada objek lain. Dengan cara ini, mesej dapat ditangani oleh sebahagian daripada kod, tetapi boleh juga ditangani oleh blok kod yang lain secara lancar.

Dalam OOP, objek adalah mudah, serba lengkap (self-contained), dan mudah dikenalpasti.

Sesungguhnya, pengaturcaraan berorientasi objek dimulakan dengan melakarkan situasi masalah. Seterusnya, dengan proses memasukkan objek, atau pembolehubah (sebagai kata-nama), kaedah (sebagai kata kerja), dan atribut (sebagai kata sifat/adjektif), rangka-kerja bagi atur cara dihasilkan, yang dimodelkan untuk situasi tersebut.

Majoriti daripada penulis atur cara bersetuju bahawa OOP merupakan langkah ke depan yang besar, berbanding kaedah berasaskan tatacara yang begitu kompleks sebelum ini. OOP memberi faedah besar dalam projek besar di mana kaedah bertatacara yang diguna menghasilkan banyak loop bersyarat serta cabang-cabang yang rumit, sehingga sukar hendak difahami dan diselenggara.